Anang & Ashanty Sudah Sah Bergelar Suami Isteri
5/27/2012 04:04:00 PM
Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.
Dengan hanya sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu sah menjadi suami Ashanty di Masjid Albina, Senayan, Jakarta pada petang kelmarin, Sabtu (12 Mei 2012). Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.
Anang yang juga bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.
**Note : Selamat Pengantin Baru Anang & Ashanty... Semoga berkekalan sehingga akhir hayat... Amin....
0 comments
Post a Comment