HAPPY MOTHER'S DAY 2012

5/16/2012 10:51:00 AM

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama keluarga mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah. 
Saban tahun setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan Mei, rakyat negara kita meraikan sambutan hari ibu. Memang terdapat berbagai persoalan mengenai menyambut hari ibu ni tapi pada aku asalkan ianya tidak menyimpang dan memesongkan akidah, tak salah andainya kita meraikan lebih sedikit ibu kita sendiri pada hari yang digazetkan sebagai hari ibu ni.





Apa yang kita sibuk sangat nak mengetahui apa hukum menyambut hari ibu dan sebagainya tu sedangkan kita tahu dalam Islam memang lansung tak wujud hari hari khusus seperti 
sambutan hari ibu ni. 

Takda salahnya nak meraikan ibu kita sendiri. Sebagai anak sepatutnya kita menghargai dan meraikan ibu kita sepanjang masa bukan hanya semasa hayatnya malah selepas ibu kita meninggal pun kita sebagai anak tak boleh berhenti dari menaburkan bakti buat ibu kita.


Kita kena ingat selalu bukan mudah ibu kita mengharungi hari sejak dari awal penciptaan kita dalam perut ibu kita tu. 
Dengan rasa tak selesanya mengalami alahan diawal kehamilan. 
Dari badan ibu kita lansing ramping kemudiannya menjadi gebu dan montel.
 Tak cukup dengan tu tambah lagi dengan parut regangan di kulit perutnya yang dahulunya halus mulus. 
Tak termasuk beban yang dibawa selama kita membesar dalam perut ibu kita sepanjang kehamilan tu.

Tanyakan pada ibu kita, berapa lamakah kesakitan yang ditanggungnya ketika saat kita hendak dilahirkan ? 
Bagaimanakah sakitnya hendak melahirkan kita sewaktu itu ?
 Berapa banyakkah darah ibu yang hilang sepanjang melahirkan kita tu ? 

Selepas kelahiran kita, berapa kalikah ibu kita bersengkang mata setiap malam memastikan kita selesa lena tidur ? 
Apa yang kita tahu ketika tu hanya menangis merengek minta ditenangkan. 
Tapi tak sedikit pun ibu kita merungut dengan segala karenah kita yang memenatkan itu. 



Kerana itu la Islam amat memuliakan wanita terutamanya yang bergelar ibu. 
Hinggakan sampai akhir hayat kita di dunia pun kita diiringi nama ibu. 
Dan hinggakan dikatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 
Raikan la ibu kita, bukan setakat hari ni je tapi raikan mereka sepanjang masa. Kerana pengorbanan yang ibu kita lalui sepanjang 
membesarkan kita bukan sehari lamanya. 




SELAMAT HARI IBU 
TERUTAMA MAMA AKU...  
AKU MAHU MAMA TAHU.. AKU SYG MAMA SETIAP SAAT DALAM HIDUPKU....


***NOTE: actually hari ibu 14th May 2012... lambat post jak... ^^








You Might Also Like

0 comments

Popular Posts