Page 20 of 365

1/20/2017 11:58:00 PM


"Don't judge people for the choices they make when you don't know the option they had to choose from"

Ya benar kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. I've been there. Bak kata orang tua-tua, lain orang lain perjalanan hidupnya. Ada yang lebih di bahagian ini, kurang di bahagian itu. Apa yang kita patut buat adalah bersyukur. Pasti ada hikmah kita tidak dapat seperti mana kemahuan kita.

Kita hanya mampu merancang untuk menjalani liku-liku kehidupan. Berat atau tidak, kita harus tempuhi jua. Ada sesetengah perkara kita tidak boleh kongsikan, ya kita faham privacy masing-masing kan. 

Kadang-kadang kita baru belajar untuk mengatasi satu-satu masalah. Ya! Aku akui. Tidak matang. Banyak perkara yang perlu aku pelajari untuk aku jadi lebih terus matang. Ya! Anda mungkin lebih matang daripada aku. Mungkin anda rasa anda sempurna. Syukur alhamdulillah. Itu keistimewaan anda. Tapi bukan aku. Sekurang-kurangnya aku belajar. 

Aku banyak kekurangan. Aku tahu dan aku sedar akan semua itu. Aku sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik walaupon perangai aku macam JAHANAM jugak. Aku tidak mahu jadi sempurna. Sebab tiada yang sempurna di muka bumi ini. Aku PASTI.

Kesimpulannya, kita sama-sama perbaiki diri. Manusia tidak sempurna. Banyak 'cacat celanya'. Bezanya, sedar atau tidak.

Cukup untuk harini.

Akhir kata,

'Jangan pernah berhenti untuk memperbaiki diri, bangun dan teruskan menempuhi kehidupan ini'

Good Night.

Love,

Gina


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts