Page 21 of 365

1/21/2017 11:24:00 PM

Seharian di rumah ditemani kajen-kajen (cousins) kesayanganku. Aktiviti harini hanya duduk rumah. Haaaa giteww! Mood lembap harini. Layankan kepala semua tengok movie. Actually jam 6.00 pagi lagi blackout. Ya ampun... panas! Normal la kan! Hahahhaa! Kalo xmau panas, sila masuk dalam kolam hehehe. 

Sementara tunggu blackout tu tamat, cehh! Tamat hahaha! Kitorang tengok movie. Syukur Alhamdulillah wifi masih on okay! Maybe disebabkan charger or plug tu ada backup battery kot. Hehehe. Tidak kisahlah, yang penting boleh guna. Dua movie straight kitorang layan. Tup-tup! Lost connection. Wifi dah pengsan. Yela sudah sampai jam 2.30pm kot! Tidak apa, demi penonton semua, aku guna hotspot hp. Hehehehe. Dalam jam4.00 pm, bekalan elektrik sudah pulih. Balik bilik, mandi! (Haaaaa! Ambek kau nok tidak ada mandi dari pagi! Harum okay! Ahhahaha). 

Maklumlah, Astro sudah boleh berfungsi, semua layan. Tapi habis mandi, semua request mau tengok movie online. Connect lah laptop dengan tv. Aku sambil tengok boleh terlelap. Tido. Penat sangat kot. Miahahaha. Dalam jam6.00pm aku terjaga. Yaii! Bida! Baru bangun. Semua aku halau pegi mandi dulu, then baru boleh tengok movie lagi. Semua beredar, aku pun mandi sekali lagi. Lemas! Habislah malam tidak boleh tidur hahaha. Memang sah! Hahaha. Mata macam burung hantu. Hehehe. 

Selepas selesai dinner, aku sambung layan movie. Jam8.40pm pulok aku terbayang makanan-makanan sedap (Time sejuk-sejuk macam ni, semua boleh pikir, terutamanya makanan! Hahaha). Aku ada terbaca, Sabah akan mengalami hujan berterusan. So cuaca pon mendorong kepada 'kemalasan'. Hehe. 'Tompek' a.k.a. Lempeng (orang melayu gelarkan) terlintas di kepala aku. Tanpa membuang masa, mari buat tompek. Boleh lah share dengan Muk dan Kajen-kajen aku. Sikit jak pon. Asal merasa kata orang tua-tua. 

Malam ni, ada orang maw join tidur sekatil dengan aku. Aby & Shaiq. Boleh dengan syarat, jangan lompat-lompat atas katil. Akhirnya, terbaring jugak mereka atas katil aku.

Okay lah. Tiada yang istimewa hari ini. 

Cukup sampai di sini. 

Akhir kata,

'Hargailah saat-saat ketika kamu bersama dengan orang yang tersayang sementara kamu punya waktu untuk menikmatinya'

Good Night. 


Love, 

Gina

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts