Life

Page 37 of 365

2/06/2017 11:30:00 PM

Harini ada task!

bawa Demuk pegi Jabatan Kebajikan. Renew Card dia. Haaa gitew.
Jam 7.50 am suda sampai di UTC. Naik level 2, pejabat belom buka. Tunggu la kejap sebab 10 minit buka lah tu. 

"Hellooo its me.." perut aku bernyanyi (propa). tu tandanya lapar! adui! yang ni susah mau bendung. Tambah pulak dalam bangunan ni sejuk. Sabar jak la. di luar baru jak hujan berhenti. Tapi, KK memang mengalami fenomena SEJUK ni yang dijangka sampai bulan Mac ni. Tabah lah. Siap kena indirect perli dengan pegawai tu, sebab aku cakap "sejuknyaa" sambil tengok aircond di atas bilik tu, dia slamba cakap "sejuk?" dengan senyuman sinisnya. Hahahaha! aku faham, aku kan comel, macam mana boleh rasa sejuk kan? Its okay, tapi hakikatnya memang begitu lah. Aku tidak tahan sejuk! Hahahaha.

Okay selesai urusan di pejabat tu, kami breakfast di cafeteria. Kenyang. 

Haaa. Ada orang mau settlekan ASB lah. Hahaha. Yang best tu, tidak tahu lah kenapa aku confident tahap gaban terus pegi BSN, last-last parking baek punya, pegawai tu kata, pengeluaran di Maybank! Aku maw ketawa terbahak-bahak tapi aku tahan. Sebelum ni memang keluarkan di BSN, tapi tidak tahulah. Hahaaha. Okay, dengan semangat pegi Maybank, tidak jauh pon. Sebelah bangunan jak. Parking baek punya. Tengok jam, 8.30am! ambek kaww! jam 9.15 am baru bank buka! ahhahahaa. Kesian dengan Demuk. Dia pon duduk lah di luar bangunan tu sama-sama dengan aku. Sabar.

Aku dengan niat mau buat kad bank sekali, tapi! Ramai gila orang. Huhuhu. Tidak dapat lah jawapnya sambil menyelam minum air. Its okay. Settlekan Demuk dulu. Sebab rushing mau pegi meeting di UMS. Huh! Dalam jam 10.00 jugak baru settle. Rushing balik rumah. Sebab Aby ada ikut sekali dengan uniform sekolahnya. kesian awal pagi kena bersiap jugak. 

Sampai rumah dengan selamat, aku balik office sebab meeting tu ditunda. Phiew! Nasib baik.

Sampai office, terus buat kerja. Yai!

Besok dengan niat boleh lah pegi buat card bank. Tengok whiteboard, antu betoi! ada meeting pulak! aku lupa... adakah ini tanda-tanda ketuaan ku hahahahahhaa. opps! choi! hahahaha.

Haa gitew.

Okay lah. Untuk harini, itu saja. yang lain-lain, nanti lah update. hahaha.

Akhir kata,

'Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang' (ada kena mengena dengan entry ini?? hahahaha biarlah.)


Love,

Gina



Family

Page 36 of 365

2/05/2017 11:46:00 PM


Mata terbuka, tutup, buka, tutup.

Isk! Jam9.00 pagi. Okaylah bangun. Bersiap. Jam 10.00 kena gerak pegi rumah pengantin. Harini pegi bertiga jak. Cousin semua follow Baba diorang. Mawi buat IC di UTC.

Sesampai di rumah pengantin, kita makan! Makan! Heaven kauu! Hahahahahaha. Sedap! Sebab Yang Jua masak (mak cik paling terer masak). 

Licin!

Port baek punya. Duduk bawah kipas. Nyaman! Hahahaha. Sanggup duduk lama sebab ventilation  baek! Hehehe. 

Tepat jam 1.00 petang, pengantin lelaki datang. Segak. Pengantin memakai pakaian tradisi Bajau. Sama cantik sama padan. Haaaa giteww!

Jam 1.30 kami balik. 

Penat.

Rehat. Maklumlah besok kan kerja.

Monday blues sudah menyerang diriku, walaupon belom isnin pun hahahaha. 

Sebelum aku bermalas-malasan, aku capai pakaian kotor dan sumbat dalam washing machine. Bila selesai, sidai. 

Aku penatttttttt. Well... begitu laitu.

Okay enaff for today.

Akhir kata,

'Walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia, jangan pernah lupa meluangkan masa dengan keluarga, biar sekejap, biar sedetik, semua itu bermakna buat mereka'

Love,

Gina

Family

Page 35 of 365

2/04/2017 11:40:00 PM


Bangun! 

Harini bangun awal, ada mesyuarat khas Jawatankuasa Tanah Perkuburan Kampung. Haaaa.. Gempak tak? Awal pagi sudah mau pergi meeting! Hahahaha. Meeting tu diadakan di Wisma Wanita Likas. Jam 9.00 pagi.

Banyak yang aku pelajari di dalam meeting harini. MACAM-MACAM! Okay ini isu sensitif. Tidak boleh lah share di sini. Tapi ikutkan hati maw juga share hahahaha. Kenottt! Not bad jam 11.40 pagi selesai! Ambekawww! 

Penat! 

Balik rumah, rest. 

Petang, bawa Demuk gunting rambut. Sekampung jugak lah kami ke saloon favourite kami di Taman Indah Permai.

-----------------------------------------------

Jam 8.30 malam, kitorang pergi majlis berinai saudara. Yang stress tu, LINE hilang terus! No Service! Stress! Hahahahahhaa. 

Tabahlah wahai hati.

Meriah.

Aku masih penat.

Majlis belum selesai, mata aku hampir tertutup rapat! Jam 11.00, kami chauuu! Hehe. Besok kami datang lagi. Yelaa majlis bersanding bha! 

Balik rumah, rest.

Gila penat kau!

Okay lah, sampai sini jak lah.

Akhir kata, 

'Rambut sama hitam, hati lain-lain, jangan menilai sesuatu dengan mata kasar, nilai lah dengan mata hati'


Love,

Gina

Popular Posts