Nature

Earthquake (Magnitute 6.9) at Zamboanga, Philippines

1/10/2017 09:38:00 PM

Page 10 of 365


Perut rasa kenyang. Yela baru habis lunch!
Tetiba datang pulak supplier mau discuss product dia. Okay lah Ibu Faris tolong entertain. Dorang duduk di sofa luar office. 

Tiba-tiba!

Badan aku bergegar seolah-olah pening. Takut. Dalam hati masih boleh berkata "Takkan pening? tapi kenapa? Sudah makan pun.." lepas beberapa saat, keadaan stabil. Oh okay pulak ni. Legaaa! 

Eh! symptom tu datang balik! "Sah pening ni!!", aku berkata dalam hati lagi. 

Memandangkan Ibu Faris tengah entertain orang, aku pon panggil lah Zana, "Zanaaaa... Zanaaaaa" 
Dengan harapan kalau ada apa-apa jadi dengan aku, dorang semua alert. Haaaa gitewww! macam drama kan! hahahahaha! Ok Ok sambung. Lepas tu, keadaan normal. Zana rupanya pegi toilet. hahaha! No wonder laaaa no respond langsung! Tetiba ada pulak staff di luar officer cerita antara satu sama lain "Eh, kamu rasa ka gegaran tu??" Aik! EARTHQUAKEEEE laaaa! Padanlahhhh siren di SESB tu berbunyi. Semua orang berkumpul di bawah dan kawasan parking (Assembly Point). Kami masih boleh cerita-cerita dalam office... Hahahaha! macam xtaw keadaan emergency. 

Akhirnya kami ambil keputusan turun dan tinggalkan bangunan. Tapi yang tidak masuk akal tu, kami turun guna lift!! Hahahahaa! Kami duduk tingkat 10! Okay ini kami akui salah. hehehe! Jangan tiru aksi ini ya. Kalau ada kecemasan, sila ikut tangga.

Sampai di parking kereta, siap bawak kereta turun bangunan. Hahahaha! ini lagi nonsense. 
Ahhh! yang penting sudah turun dari area bangunan, aku drive sampai Bus Stop yang berhampiran dengan Karamunsing Capital. Aku & Ibu Faris siap google apa yang terjadi sebenarnya. Tunggu keadaan tenang, baru kami naik office semula. Tapi Mel di dalam bangunan yang sama, tapi x rasa apa-apa pon. Yala maybe kami di tingkat 10, tu yang rasa. 

Tapi apa-apa pon, semuannya okay dan tiada kemalangan yang berlaku.

Semoga negara jiran kita baik-baik saja.

Okay sampai sini saja. Tu lah drama harini.


Love,

Gina

Knocked Down

Hello Doctor

1/09/2017 10:30:00 PM

Page 9 of 365


Finally! Awal tahun lagi sudah knocked down!
Bangun pagi, seawal 5.40 am. Tapi kepala macam mau pecah. Sedap kena hujan malam semalam. Actually Jumaat petang pon sudah disiram air hujan. Okay jangan salahkan hujan. Sapa suruh, salah diri sendiri jugak hahaha! Redhoo!

Jam 9.30am gerak pegi Klinik Sentosa Sulaman Central. Setibanya di situ, ramai yang sedang menunggu giliran di ruang menunggu. Tunggu jak lah nama kena panggil.

Tunggu dan terus menunggu.

Giliran masuk ke bilik Dr. Adrian.
Soalan pertama "kenapa muka pucat? demam?", tanya Dr. Adrian.
Aku hanya mampu anggukkan kepala.
Bila cek tekanan darah, "Tekanan darah sedikit rendah, Dr. xbagi apa-apa ubat untuk tekanan darah, mungkin kamu penat. So perlu rehat, Dr. bagi ubat tahan sakit dan ubat untuk sakit tekak", kata Dr. Adrian.
Mel pesan untuk minta Vitamin C, so aku pon minta lah. Dapat. Dr. Adrian bagi.
Dr. juga bagi MC untuk harini. Penat.

Selesai semuanya, balik rumah.

**Dalam perjalan balik rumah, 'Drama office' pulak bermula. Malas mau cerita tapi yang pasti, buat mood orang tambah teruk! Drama.. nama pon drama. Hampeh.

Okay. sampai rumah, tido. Babai.


Love,

Gina







Popular Posts