Family

Happy Birthday Mawi.

1/07/2017 11:30:00 PM

Page 7 of 365


Cepat jak masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah genap 12 tahun. Time flies kata orang putih. Hahahaha. 

7th Januari 2005, Lahirlah Mawi!

Dengar lah nyanyian "Happy Birthday to me... happy birthday to me" (melalak). Sakit telinga! Awal pagi. Ehhh! Ada pulak menyanyi awal pagi seawal 7.00 pagi! (Masih tidur) hahahahaha.
Yaaa taw lah harini ulang tahun kelahiran dia. Oh MAWI!  Tapi saja jak buat-buat xtaw dan lupa. So malam ni, celebrate la dengan kek. Private function kata uncle. Hahahaha. Sorry la wahai cousin-cousin ku yang lain xda dijemput. Hehehe. 

So? Tunggu apa lagi, sila tiup lilin!

Selesai tiup lilin, boleh makan KFC! Hahahaha. Melantak. Eh bukan.. makan malam lah! 

Semuanya selesai. Sambutan 'kami-kami jak' hehe.

Apapon, birthday boy happy! 


Love,

Gina

Hakak Gocipin

Begah!

1/06/2017 11:45:00 PM

Page 6 of 365


Begah!

Well... perjumpaan buat pertama kali nya di tahun 2017! Hehehe. Hakak2 Gocipin. Harini lepaking di Kolombong Curry Head Fish, Likas. Boleh dikatakan  port baru la. Restoran Salim Likas tu ada cerita disebaliknya. Tapi kami semua rindu ane Tandoori Chicken nya hahahaha. Sedap!

Chopp! Dipendekkan cerita, sementara berfikir mau makan apa, satay dan begah (burger) pilihan yang ada. Haaaa. Jangan tunggu lagi, order la burger special daging dan ayam dan roti john dan dan dan makan! Hehehehe. Oh please! Sangat sedap. Hahahaha. 

Seperti biasa kami 'ngakak' (ketawa) dengan cerita kami. Oh cerita apa? Banyak! Hahahaha. Sampai ane di restoran tu pon kena kacau. Hahahaa. Well.... life is short. Nikmatilah nak selagi boleh. Hehehe. 

Tapi malam ni, cerita 'my loovvveee' menghiasi malam-malam kami. LUCU GILAKKK! hahahaha. 

Kalau tidak bersurai hampir tengah malam, bukan gocipin namanya hehehe. Begitulah kami menghabiskan masa berkualiti bersama. Sayang hakak2! 

Good night!

Love,

Gina

Life

Family

1/05/2017 03:30:00 AM

Page 5 of 365



Keluarga merupakan sumber kebahagiaan kita.
Segala hal kita lakukan untuk keluarga tercinta, segala hasil kerja keras kita adalah untuk keluarga. Selalu saja terjadi konflik didalamnya, namun bagaimanapun keluarga adalah tempat kita kembali pulang. Itulah indahnya keluarga.

Kadangkala kita alpha akan kehadiran mereka.
Kita terlalu pentingkan diri sendiri.
Banyak yang telah terjadi. Walaupun sudah dua tahun berlalu tapi seperti baru semalam. Masih terasa. Kekadang rasa menyesal, kekadang rasa bersalah, kekadang rasa macam-macam tapi hanya memujuk hati apa yang terjadi semua ada hikmah sebaliknya. Yang pasti, Allah lagi menyayanginya.

Kejadian itu menyebabkan kami sekeluarga sensitif dengan keadaan sekeliling. Amanah yang ditinggalkan itu besar. Mungkin setelah kejadian hari ini menyebabkan aku berfikir panjang. Panjang dan panjang. Suda tiba masanya untuk aku berikan perhatian lebih buat mereka. Bukan untuk siapa pun, tapi untuk mereka, keluarga sendiri.

Permulaan tahun baru ini mungkin sedikit ‘tuff’ buat aku. Banyak yang perlu disusun perjalanan hidup ini. Ya! Betul orang kata, ‘follow the flow’. Tapi kita kena plan jugak kan.

Ini mungkin benda baru buat aku. Aku perlu pandang dari semua sudut. Ada sedikit ‘stress’ di situ. Tapi aku cuba.

Apapon, tidak salah untuk kita cuba buat sesuatu untuk family kita. Mungkin ini tidak lah terlalu besar sumbangannya. Tapi cukup untuk membantu antara satu sama lain.

Aku cuba.

Okay lah masa untuk tidur. Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Good night.


Love,

Gina


Hakak Gocipin

Gocipin New Year

1/01/2017 11:57:00 PM

Page 1 of 365


Tidak dapat celebrate New Year sama-sama bukan penghalang untuk kami bersama. So harini kami decide untuk duduk bersama a.k.a. sesi Gocipin. Macam biasa lah banyak sungguh dibicarakan.

Dinner sama-sama di Qing Bou Leong, Damai. Hasrat mereka untuk makan 'kaki ayam' tu kesampaian juga akhirnya. Hehehe. Sedap-sedap makanan yang kami order tu. Tiba-tiba! 'Kedengaran Baunya'! Mata tengok kiri kanan cari dari mana datangnya. Ya ampun! dari situ! bau kasut pelayan tu. Matai benono.. Sabar jak lah. Suda pasti dari situ lah datangnya. Sebab 2-3 kali adik tu lalu lalang hahahahhaa! SAH! Okay selesai dinner, macam biasa lah masih awal! haaa. Kita sambung lagi. Pindah lah pulak pegi Coffee Bean Damai.

Okay cuaca di luar hujan. Kami tumpang kereta hakak Mel sebab dia ambil Icuk, adiknya di KPJ. So kami turun depan Coffee Bean. Kali ni kami ambil port di luar cafe tu. Sejuk nok! lagipon di dalam ramai bebenooo orang. Almost 10 minutes tunggu hakak Mel, dia pon datang so kami pegi order lah minuman. Haaa. Lepastu, start lagi sesi gocipin! Banyak sungguh ketawa malam ni! hahahahaa!
Yang penting, sebelum buat 'itu' kena lafaz 'kita kan miss unibes/pajura/retis' semua tu hahahaha!
OMG! xkering gusi malam tu. Hahaha!

Macam biasa lah kalo suda bergocipin, macam lupa jalan balik rumah. Hahaha! Kami sudahi cerita malam itu. Times up! Ha...!

Semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Aamiin. Good Night!


Love,

Gina

Happy New Year

Happy New Year 2017!

1/01/2017 02:30:00 AM

Page 1 of 365

Nothing much for this year... Azam baru? Memang xda lah hahaha.. Jawapan cliche 'menghabiskan azam-azam yang dulu tu'. Tapi memang betul pun. Azam dulu-dulu xhabis lagi ada hati mau berazam bagai. Don't get me wrong. Itu semua depends lah dengan diri masing-masing kan. Ada yang suka berazam setiap tahun. Objektifnya tetap sama. Ingin memperbaiki diri dan kehidupan kita kan. Ofcoz lah! Xkan sebaliknya kan? 

Soalan yang wajib ditanya bila diambang tahun baru ni, 'celebrate New Year dimana?' Haaaaa! This year tiada plan yang proper. Eh! Ada plan tapi langsung tidak menjadi hehe. Dengan kata lain, bukan rezeki lah tu. Duduk rumah, makan-makan dengan family. PERFECT!

Tepat jam 12.00am balik dari McDonald Drive Thru Sulaman. Turun kereta sana sini berdentum bagai bunga api yang memecah langit. I loike! Donggakkk ke langit! Cantik.! Kanak-kanak riang pun suka. Kiri kanan rumah dok kejar tengok langit hehehehe. X apa lah bukan tahun ni kita letupkan bunga api. 2018 maybe? Hehe. Plan jak, kalo ada rezeki Insyaallah ada kan.

Semoga permulaan tahun baru ini membawa sejuta pengajaran dan pembelajaran memperbaiki diri (bunyi mcm di sekolah pulak ). Semoga dipermudahkan segalanya. 

Aammin. 


Love,

Gina

Popular Posts