Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!
“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
p/s : untuk lelaki tahu...
Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.
1. Bosan
Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.
2. Balas Dendam
Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai. Bak kata pepatah orang putih “What you give you get back” tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.
3. Hidup Terkongkong
Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.
4. Power Of Money
Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia. Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.
5. Orang Ketiga
Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.
Jangan Emosional - Jangan mudah naik marah danbertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup. Bukan tidak boleh kita bertindak. Yang tidak boleh adalah bertindak secara emosional..... Awwww!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu
kerana dia telah membuat hatimu kuat.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.
Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu
kerana dia yg mengasah ketegaranmu.
Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jika kita berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat...
Jika kita menyakiti hati seseorang, samaada sengaja atau tidak sengaja, kemudian orang yang kita sakiti itu teraniaya, hidup kita pasti bermasalah. Inilah sebabnya kenapa kita digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup kita dilimpahi rahmat dan disinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik kita pada orang lain. Andai kata hidup kita sekarang ini bermasalah, kaji balik apa yang kita sudah buat sebelum ini. Pasti ada seseorang yang kita sudah atau telah menyakiti hatinya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.
Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.
Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita.
Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.
Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.
Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda.
Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.
Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan.
Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.
ALASAN YG PALING POPULAR BG WANITA YG ENGGAN MENUTUP AURAT..SAMA2 KITA RENUNG2 KAN
10/10/2011 07:56:00 AM1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.
2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?
3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami. > Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .
4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa. Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?
5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.
6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.
9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la. Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.
10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita ,yg penting WAJIP buat.
Sekadar teguran buat diri yg alpa,tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.
"aurat saya maruah saya"