Seharian di rumah ditemani kajen-kajen (cousins) kesayanganku. Aktiviti harini hanya duduk rumah. Haaaa giteww! Mood lembap harini. Layankan kepala semua tengok movie. Actually jam 6.00 pagi lagi blackout. Ya ampun... panas! Normal la kan! Hahahhaa! Kalo xmau panas, sila masuk dalam kolam hehehe.
Sementara tunggu blackout tu tamat, cehh! Tamat hahaha! Kitorang tengok movie. Syukur Alhamdulillah wifi masih on okay! Maybe disebabkan charger or plug tu ada backup battery kot. Hehehe. Tidak kisahlah, yang penting boleh guna. Dua movie straight kitorang layan. Tup-tup! Lost connection. Wifi dah pengsan. Yela sudah sampai jam 2.30pm kot! Tidak apa, demi penonton semua, aku guna hotspot hp. Hehehehe. Dalam jam4.00 pm, bekalan elektrik sudah pulih. Balik bilik, mandi! (Haaaaa! Ambek kau nok tidak ada mandi dari pagi! Harum okay! Ahhahaha).
Maklumlah, Astro sudah boleh berfungsi, semua layan. Tapi habis mandi, semua request mau tengok movie online. Connect lah laptop dengan tv. Aku sambil tengok boleh terlelap. Tido. Penat sangat kot. Miahahaha. Dalam jam6.00pm aku terjaga. Yaii! Bida! Baru bangun. Semua aku halau pegi mandi dulu, then baru boleh tengok movie lagi. Semua beredar, aku pun mandi sekali lagi. Lemas! Habislah malam tidak boleh tidur hahaha. Memang sah! Hahaha. Mata macam burung hantu. Hehehe.
Selepas selesai dinner, aku sambung layan movie. Jam8.40pm pulok aku terbayang makanan-makanan sedap (Time sejuk-sejuk macam ni, semua boleh pikir, terutamanya makanan! Hahaha). Aku ada terbaca, Sabah akan mengalami hujan berterusan. So cuaca pon mendorong kepada 'kemalasan'. Hehe. 'Tompek' a.k.a. Lempeng (orang melayu gelarkan) terlintas di kepala aku. Tanpa membuang masa, mari buat tompek. Boleh lah share dengan Muk dan Kajen-kajen aku. Sikit jak pon. Asal merasa kata orang tua-tua.
Malam ni, ada orang maw join tidur sekatil dengan aku. Aby & Shaiq. Boleh dengan syarat, jangan lompat-lompat atas katil. Akhirnya, terbaring jugak mereka atas katil aku.
Okay lah. Tiada yang istimewa hari ini.
Cukup sampai di sini.
Akhir kata,
'Hargailah saat-saat ketika kamu bersama dengan orang yang tersayang sementara kamu punya waktu untuk menikmatinya'
Good Night.
Love,
Gina
"Don't judge people for the choices they make when you don't know the option they had to choose from"
Ya benar kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. I've been there. Bak kata orang tua-tua, lain orang lain perjalanan hidupnya. Ada yang lebih di bahagian ini, kurang di bahagian itu. Apa yang kita patut buat adalah bersyukur. Pasti ada hikmah kita tidak dapat seperti mana kemahuan kita.
Kita hanya mampu merancang untuk menjalani liku-liku kehidupan. Berat atau tidak, kita harus tempuhi jua. Ada sesetengah perkara kita tidak boleh kongsikan, ya kita faham privacy masing-masing kan.
Kadang-kadang kita baru belajar untuk mengatasi satu-satu masalah. Ya! Aku akui. Tidak matang. Banyak perkara yang perlu aku pelajari untuk aku jadi lebih terus matang. Ya! Anda mungkin lebih matang daripada aku. Mungkin anda rasa anda sempurna. Syukur alhamdulillah. Itu keistimewaan anda. Tapi bukan aku. Sekurang-kurangnya aku belajar.
Aku banyak kekurangan. Aku tahu dan aku sedar akan semua itu. Aku sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik walaupon perangai aku macam JAHANAM jugak. Aku tidak mahu jadi sempurna. Sebab tiada yang sempurna di muka bumi ini. Aku PASTI.
Kesimpulannya, kita sama-sama perbaiki diri. Manusia tidak sempurna. Banyak 'cacat celanya'. Bezanya, sedar atau tidak.
Cukup untuk harini.
Akhir kata,
'Jangan pernah berhenti untuk memperbaiki diri, bangun dan teruskan menempuhi kehidupan ini'
Good Night.
Love,
Gina
Harini merupakan hari yang 'kurang baik' buat family kami sebab ada perkara yang terjadi luar akal fikiran.
Tidak pegi kerja lah jawapnya. Harini EL. Memang benda yang jadi ni tidak boleh settle. Benda sudah jadi kan. Tapi memang sedih lah. Terlihat air mata Muk & Uncle harini, membuatkan hati aku tambah hancur. Kami terkesan dengan kejadian yang berlaku. Apa yang uncle hanya mampu katakan, 'Tidak apalah, bukan rezeki'. Aku tahu kata-kata itu sangat sedih untuk dia lafazkan.
Tapi apa kan daya. Benda sudah terjadi.
Hurmm...
Cukuplah untuk hari ini. Good night.
Akhir kata,
'Setiap benda mempunyai 'sentimental value', carilah yang serupa sekalipun, tidak akan sama dengan yang asal'
Love,
Gina
Harini mata terlajak. Bangun pagi jam 8.45 am. GILAKK! Melompat lah aku dibuatnya. Benda pertama yang aku cari... HANDPHONE!!! tengok-tengok out of battery!! nasib aku lah bertuah harini. First time datang lewat secara tidak sengaja (Oh! selalu sengaja datang lewat ka? eppp! palis-palis! tidakkkk!)
Tengah 'ngebur' a.k.a. membuang, aku sempat text Ibu Faris. Hurmm.. dengan powerbank sekali masuk dalam 'bank'. Aku suka Ibu Faris. Owez cool! hahahaha! siap suruh buat macam biasa kang sakit kepala. Tapi memang betul lah. Tidak pasal-pasal stress sendiri then sakit kepala. Makin worst pulok kan. So aku pon relax jak lah.
Selesai bersiap, aku pon bergegas lah pegi office. Cabaran setiap hari, jammed dan kereta-kereta yang membuatkan aku selalu naik angin kus-kus hahaha. Nasiblah setiap hari perjalanan pegi office ada bestie kawan bergayut. Sampai mumynya pon hairan apa yang kami cerita. Kekadang, diam tapi masih dalam talian. hahaha. Yes! Pelik tapi BENAR!
Sampai office, dapat makanan dari Ibu Faris. Okay perut memang lapar. Happy lah.
Harini macam cepat sungguh masa berlalu.
Sedar-sedar sudah hampir jam 5.00pm!
Masa untuk apa?? BALIK!!! Hureyy!
Habit bila dalam perjalan pergi dan balik kerja, bergayut jugak dengan bestie. Tu pon kalo dia tidak busy. Kekadang dia still on the line pon, masih boleh layan customer hahaha. Kalo perlu dia entertain, ada pulak back up yang bercakap dalam phone. YAS! yap nama dia Yas hehee! Suka kacau dia ni. Lucu.
Sampai rumah, rasa penat sungguh. Kata hati tidak mau tido, tapi tidak dapat dibendung kepenatan kepala ini. Bak aku cakap dengan bestie aku, 'oxygen tidak sampai di otak, terus macam bodo-bodo' Hahahahaha! Okay kita take a nap kijap! Mau masuk waktu Maghrib so tidak boleh tido mati. hahahaha.
Rutin malam, masa untuk belajar dengan lil cuzzys. Okay lah masing-masing buat kerja rumah masing-masing. Tengok muka dorang satu-satu ni buat hati luluh. Bukan apa, betapa kuatnya mereka dengan umur sebegini menempuhi hari-hari mereka. Aku bermonolog sendirian. Sedih. Pilu. Semua ada. Air mata tetap aku tahan untuk mengalir. Aihh! Tidak Jebat betui! Okay lah. Lepas semua siap, masa untuk tidur, semua bersurai. 'Sambung besok lagi', aku bisik halus. Semua senyap. 'Dengar kaaa??!', tegas ku. Ada suara kecil menjawap, 'Okay bha...'. Hehehe. Terpaksa lah tu. AKu pon pernah berada di tempat itu, so aku faham lah. Hahahahah!
Okay cukup untuk hari ini. Masa untuk tidur.
Akhir kata untuk harini ni,
'Selagi kita mampu, buatlah dengan hati yang ikhlas, bukan terpaksa. Ingatlah, mungkin ini hari mereka, kita belum tahu lagi.'
Good Night.
Love,
Gina