Life

Senyum dan Tawa

5/27/2012 09:14:00 PM

kalau orang senyum atau ketawa tu, tak semestinya orang tu memaparkan perasaan sebenar dia... maybe orang tu ketawa sekadar nak lupa segala kesedihan yang dia rasa.... maybe orang tu senyum sebab nak hilangkan keresahan dihati.... maybe orang tu gelak sebab nak buat orang disekelilingnya happy.... :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baby

Me and Beloved Cuzzy

5/27/2012 05:19:00 PM

Awwww!! hahaha......... 
ni pix kenangan aku ngan my cuzzy... 
time kecik lagik....
tah umur aku berapa hari aku pon xtaw... hehehehe
then ni komen cuzzy aku kat pix ni.. hehehehe

hahahaha......... aku sayang cuzzy aku.. muahhhhxx!!

Life

Nilai Seorang Kekasih

5/27/2012 04:57:00 PM





Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberinya peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela dirinya. Kita terlupa kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti, kerana ada juga janji yang tidak kita tepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu terfikirkah kita tentangperasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewaan tetapi kita sering terlupa!

Untungnya mempunyai seorang kekasih yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita sehingga terlupa pasangan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kekasih yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaannya, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan seseorang sebagai kekuatan. Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi kekasih seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Wahai sang kekasih, renungilah


Laugh

24 Jenis Ketawa

5/27/2012 04:47:00 PM






Lain orang lain ragam. Lain orang lain ketawa. Ketawa ada banyak jenis. Tapi setakat yang saya dah jumpa cuma 24 jenis. Jadi, anda tergolong dalam golongan orang yang ketawa jenis mana??. 

24 Jenis Ketawa:

1. Ketawa orang kaya: Muahahhaahaha
2. Ketawa terbahak-bahak: Hark hark hark
3. Ketawa kebaratan: Ha ha ha ha ha
4. Ketawa sambil tutup mulut: Hi hi hi hi hi
5. Ketawa berdekah-dekah: Kah kah kah kah
6. Ketawa Pontianak: Kih kih kih kih
7. Ketawa eksyen: Ek ek ek ek ek
8. Ketawa besar: Muahhaaaaa *ketawa jin/setan*
9. Ketawa panjang: Ha ha ha ha ha ha *ambil nafas* ha ha ha ha ha ha ha
10. Ketawa orang sakit: Kih kih kih kih kih *cough* kih kih kih kih
11. Ketawa maut: Kih kih kih kih kih kih kih kih *kiok*....Neno, neno, neno (Bunyi Ambulans).
12. Ketawa lembu: koh koh koh
13: Ketawakan dia: He he he he he
14. Ketawa jimat cermat: Ahakz
15.Ketawa tak ikhlas: hahahhaaaaaaampppppppeeeeeeeehhhhhhhh 
16.Hampir-hampir ketawa: heheh
17. Ketawa sambil batuk: Kui kui kui
18. Ketawa dalam mabuk: Hik hik hik
19. Ketawa ngada-ngada: hek hek hek
20. Ketawa berguling-guling macam tenggiling dalam piring: wakakakkakaka 
21. Ketawa sindir: Eeh heh
22. Ketawa brutal: huargh huargh huargh!!
23. Ketawa sengih: Ngee ngee ngee
24. Ketawa babun : uk ak uk uk ak uk ak ak

**Note : Pilih lah u'oll ketawa cmna?? na na na~ XD

Anang

Anang & Ashanty Sudah Sah Bergelar Suami Isteri

5/27/2012 04:04:00 PM

Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Dengan hanya sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu sah menjadi suami Ashanty di Masjid Albina, Senayan, Jakarta pada petang kelmarin, Sabtu (12 Mei 2012). Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.


Anang yang juga bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.



**Note : Selamat Pengantin Baru Anang & Ashanty... Semoga berkekalan sehingga akhir hayat... Amin....

Life

Hilang

5/27/2012 03:59:00 PM


jgn terpedaya dgn keindahan luaran...
nanti sendiri yg menanggung pedih...

sudah...

xmahu pedulik.... 

sudah..

dingin.... kosong.... hilang.

semua..... hilang.....

bila diluah.. pedih. simpan. laaagi pedih. huwaa~ :P

*mengalir dalam jiwa....tidak kelihatan di pandangan mata....

Laugh

Cayalah! Berani Tak Lelaki Lain Buat Macam Pengantin Ni?

5/27/2012 03:45:00 PM


Setiap pasangan pengantin yang sedang menunggu detik diijab kabulkan pastinya akan berasa gementar atau senang cakap, ‘nervous’.
Perasaan gementar yang paling dirasa adalah bagi pengantin lelaki kerana kaum lelakilah yang akan berdepan dengan tok kadi untuk melafazkan akad nikah bersetuju untuk memiliki pengantin perempuan sebagai isterinya secara sah.
Selalunya, kalau pengantin lelaki terlalu gemuruh atau ‘nervous’ yang terlampau, pengantin lelaki boleh tersasul sewaktu akad nikah dan terpaksa diulang-ulang proses lafaz akad nikah.
Manakala bagi pengantin perempuan, pastinya akan menitiskan air mata kerana sedih dirinya sudah pun memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak lagi di bawah tanggungan ibu dan ayah.
Tetapi, dalam video bertajuk ‘Pengantin Rock’ yang diambil dari laman You Tube, lain pula reaksi seorang pengantin lelaki itu selepas dia selesai mengucapkan akad nikah di depan tok kadi.
Pada awalnya dia kelihatan seperti juga pengantin yang lain, nampak berdebar dan takut-takut. Namun, penghujungnya atau penutup akad nikah tu memang tidak dapat diduga.
Penulis percaya, mungkin pengantin lelaki itu terlalu gembira kerana dapat melepasi detik-detik cemas untuk bergelar seorang suami.
Apa lagi, terus jerit ‘YES’lah! Sambil menunjukkan isyarat tangan ‘rock’nya.
Bayangkan, pengantin perempuan yang berada di belakangnya mungkin tidak jadi untuk menitiskan air matanya. Yang terjadi secara spontan, ketawa berdekah-dekah!
Penulis bukan berniat untuk mengaibkan pasangan pengantin di dalam video itu, tetapi lebih kepada berkongsi kegembiraan yang dialami oleh pengantin lelaki. Teruja pula melihatkan reaksi spontan pengantin lelaki itu.
Buat bakal lelaki-lelaki yang ingin berkahwin di luar sana terutama ketika cuti sekolah sekarang ini, agak-agak berani tidak untuk membuat aksi seperti pasangan ini? Mana tahu ada yang berani untuk menukar ‘tradisi’ sedih dalam upacara akad nikah kepada kenangan yang gembira? Siapa tahukan?
Ambil kisah berani pengantin lelaki itu dari sudut yang positif ya?
Oleh: NAIMAH SHAARI

Artist

Kris Dayanti Mengandung Lagi…Malas Dah Nak Berhias, Katanya

5/27/2012 03:43:00 PM


BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi.
Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki.
“Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai.
“Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini,” ujarnya.

Popular Posts