Life

Page 37 of 365

2/06/2017 11:30:00 PM

Harini ada task!

bawa Demuk pegi Jabatan Kebajikan. Renew Card dia. Haaa gitew.
Jam 7.50 am suda sampai di UTC. Naik level 2, pejabat belom buka. Tunggu la kejap sebab 10 minit buka lah tu. 

"Hellooo its me.." perut aku bernyanyi (propa). tu tandanya lapar! adui! yang ni susah mau bendung. Tambah pulak dalam bangunan ni sejuk. Sabar jak la. di luar baru jak hujan berhenti. Tapi, KK memang mengalami fenomena SEJUK ni yang dijangka sampai bulan Mac ni. Tabah lah. Siap kena indirect perli dengan pegawai tu, sebab aku cakap "sejuknyaa" sambil tengok aircond di atas bilik tu, dia slamba cakap "sejuk?" dengan senyuman sinisnya. Hahahaha! aku faham, aku kan comel, macam mana boleh rasa sejuk kan? Its okay, tapi hakikatnya memang begitu lah. Aku tidak tahan sejuk! Hahahaha.

Okay selesai urusan di pejabat tu, kami breakfast di cafeteria. Kenyang. 

Haaa. Ada orang mau settlekan ASB lah. Hahaha. Yang best tu, tidak tahu lah kenapa aku confident tahap gaban terus pegi BSN, last-last parking baek punya, pegawai tu kata, pengeluaran di Maybank! Aku maw ketawa terbahak-bahak tapi aku tahan. Sebelum ni memang keluarkan di BSN, tapi tidak tahulah. Hahaaha. Okay, dengan semangat pegi Maybank, tidak jauh pon. Sebelah bangunan jak. Parking baek punya. Tengok jam, 8.30am! ambek kaww! jam 9.15 am baru bank buka! ahhahahaa. Kesian dengan Demuk. Dia pon duduk lah di luar bangunan tu sama-sama dengan aku. Sabar.

Aku dengan niat mau buat kad bank sekali, tapi! Ramai gila orang. Huhuhu. Tidak dapat lah jawapnya sambil menyelam minum air. Its okay. Settlekan Demuk dulu. Sebab rushing mau pegi meeting di UMS. Huh! Dalam jam 10.00 jugak baru settle. Rushing balik rumah. Sebab Aby ada ikut sekali dengan uniform sekolahnya. kesian awal pagi kena bersiap jugak. 

Sampai rumah dengan selamat, aku balik office sebab meeting tu ditunda. Phiew! Nasib baik.

Sampai office, terus buat kerja. Yai!

Besok dengan niat boleh lah pegi buat card bank. Tengok whiteboard, antu betoi! ada meeting pulak! aku lupa... adakah ini tanda-tanda ketuaan ku hahahahahhaa. opps! choi! hahahaha.

Haa gitew.

Okay lah. Untuk harini, itu saja. yang lain-lain, nanti lah update. hahaha.

Akhir kata,

'Utamakan keselamatan, ingatlah orang yang tersayang' (ada kena mengena dengan entry ini?? hahahaha biarlah.)


Love,

Gina



Family

Page 36 of 365

2/05/2017 11:46:00 PM


Mata terbuka, tutup, buka, tutup.

Isk! Jam9.00 pagi. Okaylah bangun. Bersiap. Jam 10.00 kena gerak pegi rumah pengantin. Harini pegi bertiga jak. Cousin semua follow Baba diorang. Mawi buat IC di UTC.

Sesampai di rumah pengantin, kita makan! Makan! Heaven kauu! Hahahahahaha. Sedap! Sebab Yang Jua masak (mak cik paling terer masak). 

Licin!

Port baek punya. Duduk bawah kipas. Nyaman! Hahahaha. Sanggup duduk lama sebab ventilation  baek! Hehehe. 

Tepat jam 1.00 petang, pengantin lelaki datang. Segak. Pengantin memakai pakaian tradisi Bajau. Sama cantik sama padan. Haaaa giteww!

Jam 1.30 kami balik. 

Penat.

Rehat. Maklumlah besok kan kerja.

Monday blues sudah menyerang diriku, walaupon belom isnin pun hahahaha. 

Sebelum aku bermalas-malasan, aku capai pakaian kotor dan sumbat dalam washing machine. Bila selesai, sidai. 

Aku penatttttttt. Well... begitu laitu.

Okay enaff for today.

Akhir kata,

'Walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia, jangan pernah lupa meluangkan masa dengan keluarga, biar sekejap, biar sedetik, semua itu bermakna buat mereka'

Love,

Gina

Family

Page 35 of 365

2/04/2017 11:40:00 PM


Bangun! 

Harini bangun awal, ada mesyuarat khas Jawatankuasa Tanah Perkuburan Kampung. Haaaa.. Gempak tak? Awal pagi sudah mau pergi meeting! Hahahaha. Meeting tu diadakan di Wisma Wanita Likas. Jam 9.00 pagi.

Banyak yang aku pelajari di dalam meeting harini. MACAM-MACAM! Okay ini isu sensitif. Tidak boleh lah share di sini. Tapi ikutkan hati maw juga share hahahaha. Kenottt! Not bad jam 11.40 pagi selesai! Ambekawww! 

Penat! 

Balik rumah, rest. 

Petang, bawa Demuk gunting rambut. Sekampung jugak lah kami ke saloon favourite kami di Taman Indah Permai.

-----------------------------------------------

Jam 8.30 malam, kitorang pergi majlis berinai saudara. Yang stress tu, LINE hilang terus! No Service! Stress! Hahahahahhaa. 

Tabahlah wahai hati.

Meriah.

Aku masih penat.

Majlis belum selesai, mata aku hampir tertutup rapat! Jam 11.00, kami chauuu! Hehe. Besok kami datang lagi. Yelaa majlis bersanding bha! 

Balik rumah, rest.

Gila penat kau!

Okay lah, sampai sini jak lah.

Akhir kata, 

'Rambut sama hitam, hati lain-lain, jangan menilai sesuatu dengan mata kasar, nilai lah dengan mata hati'


Love,

Gina

Life

Page 33 of 365

2/02/2017 11:04:00 PM

Cantik la date harini. 2/2 hehe. Harini perjalanan divert masuk UMS. Maw ambil cheque office.
Ada pulak 'drama office' jadi. Malas. Berkurun, benda yang sama. Hahahahaha. Benci betuii! Ngekk! Hahahhaa.

Lupakan.

Okay balik office, buat bodoh jek.

Proses cheque, pass dengan orang yang berkenaan. 

Selesai.

Choiii! Macam maw demam. Isk! 

Lapar ah! 

Don't worry! Ibu Faris ada tapaukan breakfast! Nasi Lemak! Of coz lah berlemak hahahahha.

Tapi yang tragis tu, aku telan dua bijik kuih ubi. Sebijik tu dia punya. Wakakkakakaka. Kesian. Dia redhoo jak. Miahahha.

Aku ada screenshot wallpaper hp aku. Haaa giteww! Bukan dirancang tapi kebetulan. Hehehee.Cantik! banyak nombor 2. hahahaha.




Lepas kerja, balik, ada kenduri. Siapkan makanan. Hanya mampu tolong jek. Hehehehe.

Malam ni perut buat hal! Maigad! Rasa mau demam. Damn! Makan ubat? Memang tidak lah. Siap kena bebel dengan Mel. Hehehe. Degil sungguh kawan mu ini. Hehehe.

Its okay semuanya baik-baik saja.

Okaylah, sampai di sini saja.

Good night.

Akhir kata, 

'Don't bother others, take care your own shitty'

Love,

Gina

Family

Page 30 of 365

1/30/2017 10:00:00 PM

Perghh!!


Sedap sungguh tidur. Hahahahaa! 

bangun lewat letewww!
Tewas sebab kena urut semalam. Hahahaha.


Tapi yang paling best, awal pagi breakfast Tumpi Ubi. Nyaman!

Sedap gila-gila.
Lama kan tidak makan makanan kampung macam ni.


Sementara tunggu lunch, mulut ni tidak berhenti mengunyah. Mangga + Sambal Kicap Belacan.

Gila tidak sedap! Sedap okay! yang penting tidak MASAM! hahahahaa.




Menu lunch harini, AMBUYAT!

banyak lagi lauk-pauk yang dihidang.
Meh versi Brunei sikit,
Lauk Karuk Pais Kelapa
Lauk Temanung & Rumahan Bakar
Lauk Masin Belanak
Lauk Rumahan Rebus Kunyit
Sayur Kangkung Tumis Belacan
Cecah Air Limau Kasturi




Nyammm! Sedap sehingga menjilat bibir!

Hahahahahahhaa.


Jam 4.30 petang kami balik ke Kota Kinabalu semula. Jammed.!

Terpaksa U-turn okay. Kita ikut jalan short cut. Hahahahhaa.


Jam 6.30 petang kami suda sampai KK. Tapi singgah makan malam lagi.

Penat. Lapar. Melantak lah jawapnya. Yes. Makan Kari Kepala Ikan.
tempat port biasa lah. Kelombong Head Curry Fish, Likas.


Lepas makan, kami teruskan perjalanan balik rumah.



sesampainya di rumah, ada pulak aktiviti mengganti tombol pintu rumah yang aku dengan Aby (cousin) duduk. Haaaa.



Okay sudah tidak larat ni.



Cukup sampai disini.




Akhir kata,



'Jauh perjalanan, luas pandangan.. cehhh.. betul lah kan hahaha'




Love,



Gina

Family

Page 29 of 365

1/29/2017 10:30:00 PM

Gong Xi Fatt Cai!


Selamat Tahun Baru Cina.

Ya harini sambutan hari kedua Tahun Baru Cina. Kami semua balik Kampung Padang, Bongawan. Hasil daripada pujukan Demuk, aku akur. Sedangkan ada plan maw buat harini. Terpaksalah Cancel!

Its okay. Lama juga tidak join balik ni. 
Tepat jam 10.30 pagi kami bergerak dari rumah.
Singgah punya singgah, last-last lunch di Wisma Kosan jugak lah jawapnya.
Nasi Ayam Goreng Special Satuuuu!!! (Nasi kosong + Ayam goreng 3 ketul) hahahaaha!
Ambekkawwww!
Lepas lunch kami hunting limau mandarin pulak.
Kereta packed! Banyak barang. Sabar jak lahh.

..................................................................................

Sesampai di kampung kira-kira jam 5.30 petang. 
Penat duduk jadi penumpang lah! hahahaha.
Yang best tu, MakCik yang terer urut badan tu ada di rumah Wak.
hureyy! boleh urut badan.
Memandangkan aku terlalu penat, aku terlentok sementara tunggu turn aku.
rupa-rupanya Makcik tu sudah balik rumah. Hahahaha.
Eppp! Wak kata dia datang jugak tido sekali dengan kami. 
siap makan malam,  MakCik tu belom sampai lagi. Tidak berharap ni. Tapi kalau ada, best jugak.
Tepat jam 11.00 malam, MakCik tu sampai. 
Happy lerrrr..!
ambek kawwwww! jam 12.00 malam aku kena urut dengan dia. hahahaha.
Yela bagi la dia makan dulu kan. Hahahaha.
Sakit gilaaa! Sakit sebab urat tersimpul lah sayanggggg!
teriak (air mata hampir gugur.. hahhaa sakit!) jugak lahhhh dengan urutan tu.

Perghh! Lepas berurut, sedap ni boleh tidur.

Okay lah sampai sini dulu.

Akhir kata,

'Hargai masa bersama orang- orang yang tersayang'  

Good Night.


Love,

Gina

Life

Page 24 of 365

1/24/2017 11:50:00 PM

Hari yang dimulakan dengan perasaan yang tidak semua ingini. 
Malang? Hari yang malang? atau aku yang malang?
TIDAK! mungkin harini hari aku.
dan yang paling penting bukan REZEKI aku.
Duit tercicir begitu sahaja.
Hahahahahahaha adakah aku cuai?
begitu laituuu... redhoo jek laa...
anggap saja bukan rezeki.
Walauponnn sisipan terakhir pada bulan ini.
Tapi nasib baik ada sahabat aku yang baik hati pinjamkan Kad Bank. bukan duit sahaja malahan dia bagi sekali dengan kad bank. Thank you babe!
Dia busy. Sampai belikan aku lunch. Terharu. Yes. Dia baik. Aku bertuah mempunyai kawan sepertinya.
Hari ini juga buat pertama kalinya pada tahun 2017 ini aku menjejaki Gym buat pertama kalinya.
Oh! Aku rindu.
Aku rindu semua.
Aku berkenalan dengan Mr. Ropy.
Jangan tanya siapa Mr. Ropy.
Nanti entri lain aku ceritakan siapa 'dia'.
Aku happy sehingga aku lupa permulaan hari ini amat menyedihkan buat aku.
thanks again babe. U made my day.

Ahkir Kata,

'Meratapi kesedihan akan membuatkan dirimu gelap, buka hatimu menerima apapun yang terjadi, teruskan kehidupan kerana banyak lagi perkara yang boleh membuatkan dirimu tersenyum'

Good Night.


Love,

Gina


Quality Time

Page 21 of 365

1/21/2017 11:24:00 PM

Seharian di rumah ditemani kajen-kajen (cousins) kesayanganku. Aktiviti harini hanya duduk rumah. Haaaa giteww! Mood lembap harini. Layankan kepala semua tengok movie. Actually jam 6.00 pagi lagi blackout. Ya ampun... panas! Normal la kan! Hahahhaa! Kalo xmau panas, sila masuk dalam kolam hehehe. 

Sementara tunggu blackout tu tamat, cehh! Tamat hahaha! Kitorang tengok movie. Syukur Alhamdulillah wifi masih on okay! Maybe disebabkan charger or plug tu ada backup battery kot. Hehehe. Tidak kisahlah, yang penting boleh guna. Dua movie straight kitorang layan. Tup-tup! Lost connection. Wifi dah pengsan. Yela sudah sampai jam 2.30pm kot! Tidak apa, demi penonton semua, aku guna hotspot hp. Hehehehe. Dalam jam4.00 pm, bekalan elektrik sudah pulih. Balik bilik, mandi! (Haaaaa! Ambek kau nok tidak ada mandi dari pagi! Harum okay! Ahhahaha). 

Maklumlah, Astro sudah boleh berfungsi, semua layan. Tapi habis mandi, semua request mau tengok movie online. Connect lah laptop dengan tv. Aku sambil tengok boleh terlelap. Tido. Penat sangat kot. Miahahaha. Dalam jam6.00pm aku terjaga. Yaii! Bida! Baru bangun. Semua aku halau pegi mandi dulu, then baru boleh tengok movie lagi. Semua beredar, aku pun mandi sekali lagi. Lemas! Habislah malam tidak boleh tidur hahaha. Memang sah! Hahaha. Mata macam burung hantu. Hehehe. 

Selepas selesai dinner, aku sambung layan movie. Jam8.40pm pulok aku terbayang makanan-makanan sedap (Time sejuk-sejuk macam ni, semua boleh pikir, terutamanya makanan! Hahaha). Aku ada terbaca, Sabah akan mengalami hujan berterusan. So cuaca pon mendorong kepada 'kemalasan'. Hehe. 'Tompek' a.k.a. Lempeng (orang melayu gelarkan) terlintas di kepala aku. Tanpa membuang masa, mari buat tompek. Boleh lah share dengan Muk dan Kajen-kajen aku. Sikit jak pon. Asal merasa kata orang tua-tua. 

Malam ni, ada orang maw join tidur sekatil dengan aku. Aby & Shaiq. Boleh dengan syarat, jangan lompat-lompat atas katil. Akhirnya, terbaring jugak mereka atas katil aku.

Okay lah. Tiada yang istimewa hari ini. 

Cukup sampai di sini. 

Akhir kata,

'Hargailah saat-saat ketika kamu bersama dengan orang yang tersayang sementara kamu punya waktu untuk menikmatinya'

Good Night. 


Love, 

Gina

Life

Page 20 of 365

1/20/2017 11:58:00 PM


"Don't judge people for the choices they make when you don't know the option they had to choose from"

Ya benar kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. I've been there. Bak kata orang tua-tua, lain orang lain perjalanan hidupnya. Ada yang lebih di bahagian ini, kurang di bahagian itu. Apa yang kita patut buat adalah bersyukur. Pasti ada hikmah kita tidak dapat seperti mana kemahuan kita.

Kita hanya mampu merancang untuk menjalani liku-liku kehidupan. Berat atau tidak, kita harus tempuhi jua. Ada sesetengah perkara kita tidak boleh kongsikan, ya kita faham privacy masing-masing kan. 

Kadang-kadang kita baru belajar untuk mengatasi satu-satu masalah. Ya! Aku akui. Tidak matang. Banyak perkara yang perlu aku pelajari untuk aku jadi lebih terus matang. Ya! Anda mungkin lebih matang daripada aku. Mungkin anda rasa anda sempurna. Syukur alhamdulillah. Itu keistimewaan anda. Tapi bukan aku. Sekurang-kurangnya aku belajar. 

Aku banyak kekurangan. Aku tahu dan aku sedar akan semua itu. Aku sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik walaupon perangai aku macam JAHANAM jugak. Aku tidak mahu jadi sempurna. Sebab tiada yang sempurna di muka bumi ini. Aku PASTI.

Kesimpulannya, kita sama-sama perbaiki diri. Manusia tidak sempurna. Banyak 'cacat celanya'. Bezanya, sedar atau tidak.

Cukup untuk harini.

Akhir kata,

'Jangan pernah berhenti untuk memperbaiki diri, bangun dan teruskan menempuhi kehidupan ini'

Good Night.

Love,

Gina


Family

Page 19 of 365

1/19/2017 11:28:00 PM


Harini merupakan hari yang 'kurang baik' buat family kami sebab ada perkara yang terjadi luar akal fikiran.

Tidak pegi kerja lah jawapnya. Harini EL. Memang benda yang jadi ni tidak boleh settle. Benda sudah jadi kan. Tapi memang sedih lah. Terlihat air mata Muk & Uncle harini, membuatkan hati aku tambah hancur. Kami terkesan dengan kejadian yang berlaku. Apa yang uncle hanya mampu katakan, 'Tidak apalah, bukan rezeki'. Aku tahu kata-kata itu sangat sedih untuk dia lafazkan.

Tapi apa kan daya. Benda sudah terjadi. 

Hurmm...

Cukuplah untuk hari ini. Good night.

Akhir kata,

'Setiap benda mempunyai 'sentimental value', carilah yang serupa sekalipun, tidak akan sama dengan yang asal'

Love,

Gina

Family

Page 18 of 365

1/18/2017 11:51:00 PM

Harini mata terlajak. Bangun pagi jam 8.45 am. GILAKK! Melompat lah aku dibuatnya. Benda pertama yang aku cari... HANDPHONE!!! tengok-tengok out of battery!! nasib aku lah bertuah harini. First time datang lewat secara tidak sengaja (Oh! selalu sengaja datang lewat ka? eppp! palis-palis! tidakkkk!) 

Tengah 'ngebur' a.k.a. membuang, aku sempat text Ibu Faris. Hurmm.. dengan powerbank sekali masuk dalam 'bank'. Aku suka Ibu Faris. Owez cool! hahahaha! siap suruh buat macam biasa kang sakit kepala. Tapi memang betul lah. Tidak pasal-pasal stress sendiri then sakit kepala. Makin worst pulok kan. So aku pon relax jak lah.

Selesai bersiap, aku pon bergegas lah pegi office. Cabaran setiap hari, jammed dan kereta-kereta yang membuatkan aku selalu naik angin kus-kus hahaha. Nasiblah setiap hari perjalanan pegi office ada bestie kawan bergayut. Sampai mumynya pon hairan apa yang kami cerita. Kekadang, diam tapi masih dalam talian. hahaha. Yes! Pelik tapi BENAR! 

Sampai office, dapat makanan dari Ibu Faris. Okay perut memang lapar. Happy lah. 

Harini macam cepat sungguh masa berlalu. 

Sedar-sedar sudah hampir jam 5.00pm! 

Masa untuk apa?? BALIK!!! Hureyy!

Habit bila dalam perjalan pergi dan balik kerja, bergayut jugak dengan bestie. Tu pon kalo dia tidak busy. Kekadang dia still on the line pon, masih boleh layan customer hahaha. Kalo perlu dia entertain, ada pulak back up yang bercakap dalam phone. YAS! yap nama dia Yas hehee! Suka kacau dia ni. Lucu. 

Sampai rumah, rasa penat sungguh. Kata hati tidak mau tido, tapi tidak dapat dibendung kepenatan kepala ini. Bak aku cakap dengan bestie aku, 'oxygen tidak sampai di otak, terus macam bodo-bodo' Hahahahaha! Okay kita take a nap kijap! Mau masuk waktu Maghrib so tidak boleh tido mati. hahahaha.

Rutin malam, masa untuk belajar dengan lil cuzzys. Okay lah masing-masing buat kerja rumah masing-masing. Tengok muka dorang satu-satu ni buat hati luluh. Bukan apa, betapa kuatnya mereka dengan umur sebegini menempuhi hari-hari mereka. Aku bermonolog sendirian. Sedih. Pilu. Semua ada. Air mata tetap aku tahan untuk mengalir. Aihh! Tidak Jebat betui! Okay lah. Lepas semua siap, masa untuk tidur, semua bersurai. 'Sambung besok lagi', aku bisik halus. Semua senyap. 'Dengar kaaa??!', tegas ku. Ada suara kecil menjawap, 'Okay bha...'. Hehehe. Terpaksa lah tu. AKu pon pernah berada di tempat itu, so aku faham lah. Hahahahah!

Okay cukup untuk hari ini. Masa untuk tidur.

Akhir kata untuk harini ni, 

'Selagi kita mampu, buatlah dengan hati yang ikhlas, bukan terpaksa. Ingatlah, mungkin ini hari mereka, kita belum tahu lagi.'

Good Night.


Love,

Gina


Nature

Earthquake (Magnitute 6.9) at Zamboanga, Philippines

1/10/2017 09:38:00 PM

Page 10 of 365


Perut rasa kenyang. Yela baru habis lunch!
Tetiba datang pulak supplier mau discuss product dia. Okay lah Ibu Faris tolong entertain. Dorang duduk di sofa luar office. 

Tiba-tiba!

Badan aku bergegar seolah-olah pening. Takut. Dalam hati masih boleh berkata "Takkan pening? tapi kenapa? Sudah makan pun.." lepas beberapa saat, keadaan stabil. Oh okay pulak ni. Legaaa! 

Eh! symptom tu datang balik! "Sah pening ni!!", aku berkata dalam hati lagi. 

Memandangkan Ibu Faris tengah entertain orang, aku pon panggil lah Zana, "Zanaaaa... Zanaaaaa" 
Dengan harapan kalau ada apa-apa jadi dengan aku, dorang semua alert. Haaaa gitewww! macam drama kan! hahahahaha! Ok Ok sambung. Lepas tu, keadaan normal. Zana rupanya pegi toilet. hahaha! No wonder laaaa no respond langsung! Tetiba ada pulak staff di luar officer cerita antara satu sama lain "Eh, kamu rasa ka gegaran tu??" Aik! EARTHQUAKEEEE laaaa! Padanlahhhh siren di SESB tu berbunyi. Semua orang berkumpul di bawah dan kawasan parking (Assembly Point). Kami masih boleh cerita-cerita dalam office... Hahahaha! macam xtaw keadaan emergency. 

Akhirnya kami ambil keputusan turun dan tinggalkan bangunan. Tapi yang tidak masuk akal tu, kami turun guna lift!! Hahahahaa! Kami duduk tingkat 10! Okay ini kami akui salah. hehehe! Jangan tiru aksi ini ya. Kalau ada kecemasan, sila ikut tangga.

Sampai di parking kereta, siap bawak kereta turun bangunan. Hahahaha! ini lagi nonsense. 
Ahhh! yang penting sudah turun dari area bangunan, aku drive sampai Bus Stop yang berhampiran dengan Karamunsing Capital. Aku & Ibu Faris siap google apa yang terjadi sebenarnya. Tunggu keadaan tenang, baru kami naik office semula. Tapi Mel di dalam bangunan yang sama, tapi x rasa apa-apa pon. Yala maybe kami di tingkat 10, tu yang rasa. 

Tapi apa-apa pon, semuannya okay dan tiada kemalangan yang berlaku.

Semoga negara jiran kita baik-baik saja.

Okay sampai sini saja. Tu lah drama harini.


Love,

Gina

Knocked Down

Hello Doctor

1/09/2017 10:30:00 PM

Page 9 of 365


Finally! Awal tahun lagi sudah knocked down!
Bangun pagi, seawal 5.40 am. Tapi kepala macam mau pecah. Sedap kena hujan malam semalam. Actually Jumaat petang pon sudah disiram air hujan. Okay jangan salahkan hujan. Sapa suruh, salah diri sendiri jugak hahaha! Redhoo!

Jam 9.30am gerak pegi Klinik Sentosa Sulaman Central. Setibanya di situ, ramai yang sedang menunggu giliran di ruang menunggu. Tunggu jak lah nama kena panggil.

Tunggu dan terus menunggu.

Giliran masuk ke bilik Dr. Adrian.
Soalan pertama "kenapa muka pucat? demam?", tanya Dr. Adrian.
Aku hanya mampu anggukkan kepala.
Bila cek tekanan darah, "Tekanan darah sedikit rendah, Dr. xbagi apa-apa ubat untuk tekanan darah, mungkin kamu penat. So perlu rehat, Dr. bagi ubat tahan sakit dan ubat untuk sakit tekak", kata Dr. Adrian.
Mel pesan untuk minta Vitamin C, so aku pon minta lah. Dapat. Dr. Adrian bagi.
Dr. juga bagi MC untuk harini. Penat.

Selesai semuanya, balik rumah.

**Dalam perjalan balik rumah, 'Drama office' pulak bermula. Malas mau cerita tapi yang pasti, buat mood orang tambah teruk! Drama.. nama pon drama. Hampeh.

Okay. sampai rumah, tido. Babai.


Love,

Gina







Family

Happy Birthday Mawi.

1/07/2017 11:30:00 PM

Page 7 of 365


Cepat jak masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah genap 12 tahun. Time flies kata orang putih. Hahahaha. 

7th Januari 2005, Lahirlah Mawi!

Dengar lah nyanyian "Happy Birthday to me... happy birthday to me" (melalak). Sakit telinga! Awal pagi. Ehhh! Ada pulak menyanyi awal pagi seawal 7.00 pagi! (Masih tidur) hahahahaha.
Yaaa taw lah harini ulang tahun kelahiran dia. Oh MAWI!  Tapi saja jak buat-buat xtaw dan lupa. So malam ni, celebrate la dengan kek. Private function kata uncle. Hahahaha. Sorry la wahai cousin-cousin ku yang lain xda dijemput. Hehehe. 

So? Tunggu apa lagi, sila tiup lilin!

Selesai tiup lilin, boleh makan KFC! Hahahaha. Melantak. Eh bukan.. makan malam lah! 

Semuanya selesai. Sambutan 'kami-kami jak' hehe.

Apapon, birthday boy happy! 


Love,

Gina

Hakak Gocipin

Begah!

1/06/2017 11:45:00 PM

Page 6 of 365


Begah!

Well... perjumpaan buat pertama kali nya di tahun 2017! Hehehe. Hakak2 Gocipin. Harini lepaking di Kolombong Curry Head Fish, Likas. Boleh dikatakan  port baru la. Restoran Salim Likas tu ada cerita disebaliknya. Tapi kami semua rindu ane Tandoori Chicken nya hahahaha. Sedap!

Chopp! Dipendekkan cerita, sementara berfikir mau makan apa, satay dan begah (burger) pilihan yang ada. Haaaa. Jangan tunggu lagi, order la burger special daging dan ayam dan roti john dan dan dan makan! Hehehehe. Oh please! Sangat sedap. Hahahaha. 

Seperti biasa kami 'ngakak' (ketawa) dengan cerita kami. Oh cerita apa? Banyak! Hahahaha. Sampai ane di restoran tu pon kena kacau. Hahahaa. Well.... life is short. Nikmatilah nak selagi boleh. Hehehe. 

Tapi malam ni, cerita 'my loovvveee' menghiasi malam-malam kami. LUCU GILAKKK! hahahaha. 

Kalau tidak bersurai hampir tengah malam, bukan gocipin namanya hehehe. Begitulah kami menghabiskan masa berkualiti bersama. Sayang hakak2! 

Good night!

Love,

Gina

Life

Family

1/05/2017 03:30:00 AM

Page 5 of 365



Keluarga merupakan sumber kebahagiaan kita.
Segala hal kita lakukan untuk keluarga tercinta, segala hasil kerja keras kita adalah untuk keluarga. Selalu saja terjadi konflik didalamnya, namun bagaimanapun keluarga adalah tempat kita kembali pulang. Itulah indahnya keluarga.

Kadangkala kita alpha akan kehadiran mereka.
Kita terlalu pentingkan diri sendiri.
Banyak yang telah terjadi. Walaupun sudah dua tahun berlalu tapi seperti baru semalam. Masih terasa. Kekadang rasa menyesal, kekadang rasa bersalah, kekadang rasa macam-macam tapi hanya memujuk hati apa yang terjadi semua ada hikmah sebaliknya. Yang pasti, Allah lagi menyayanginya.

Kejadian itu menyebabkan kami sekeluarga sensitif dengan keadaan sekeliling. Amanah yang ditinggalkan itu besar. Mungkin setelah kejadian hari ini menyebabkan aku berfikir panjang. Panjang dan panjang. Suda tiba masanya untuk aku berikan perhatian lebih buat mereka. Bukan untuk siapa pun, tapi untuk mereka, keluarga sendiri.

Permulaan tahun baru ini mungkin sedikit ‘tuff’ buat aku. Banyak yang perlu disusun perjalanan hidup ini. Ya! Betul orang kata, ‘follow the flow’. Tapi kita kena plan jugak kan.

Ini mungkin benda baru buat aku. Aku perlu pandang dari semua sudut. Ada sedikit ‘stress’ di situ. Tapi aku cuba.

Apapon, tidak salah untuk kita cuba buat sesuatu untuk family kita. Mungkin ini tidak lah terlalu besar sumbangannya. Tapi cukup untuk membantu antara satu sama lain.

Aku cuba.

Okay lah masa untuk tidur. Semoga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Good night.


Love,

Gina


Hakak Gocipin

Gocipin New Year

1/01/2017 11:57:00 PM

Page 1 of 365


Tidak dapat celebrate New Year sama-sama bukan penghalang untuk kami bersama. So harini kami decide untuk duduk bersama a.k.a. sesi Gocipin. Macam biasa lah banyak sungguh dibicarakan.

Dinner sama-sama di Qing Bou Leong, Damai. Hasrat mereka untuk makan 'kaki ayam' tu kesampaian juga akhirnya. Hehehe. Sedap-sedap makanan yang kami order tu. Tiba-tiba! 'Kedengaran Baunya'! Mata tengok kiri kanan cari dari mana datangnya. Ya ampun! dari situ! bau kasut pelayan tu. Matai benono.. Sabar jak lah. Suda pasti dari situ lah datangnya. Sebab 2-3 kali adik tu lalu lalang hahahahhaa! SAH! Okay selesai dinner, macam biasa lah masih awal! haaa. Kita sambung lagi. Pindah lah pulak pegi Coffee Bean Damai.

Okay cuaca di luar hujan. Kami tumpang kereta hakak Mel sebab dia ambil Icuk, adiknya di KPJ. So kami turun depan Coffee Bean. Kali ni kami ambil port di luar cafe tu. Sejuk nok! lagipon di dalam ramai bebenooo orang. Almost 10 minutes tunggu hakak Mel, dia pon datang so kami pegi order lah minuman. Haaa. Lepastu, start lagi sesi gocipin! Banyak sungguh ketawa malam ni! hahahahaa!
Yang penting, sebelum buat 'itu' kena lafaz 'kita kan miss unibes/pajura/retis' semua tu hahahaha!
OMG! xkering gusi malam tu. Hahaha!

Macam biasa lah kalo suda bergocipin, macam lupa jalan balik rumah. Hahaha! Kami sudahi cerita malam itu. Times up! Ha...!

Semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila. Aamiin. Good Night!


Love,

Gina

Happy New Year

Happy New Year 2017!

1/01/2017 02:30:00 AM

Page 1 of 365

Nothing much for this year... Azam baru? Memang xda lah hahaha.. Jawapan cliche 'menghabiskan azam-azam yang dulu tu'. Tapi memang betul pun. Azam dulu-dulu xhabis lagi ada hati mau berazam bagai. Don't get me wrong. Itu semua depends lah dengan diri masing-masing kan. Ada yang suka berazam setiap tahun. Objektifnya tetap sama. Ingin memperbaiki diri dan kehidupan kita kan. Ofcoz lah! Xkan sebaliknya kan? 

Soalan yang wajib ditanya bila diambang tahun baru ni, 'celebrate New Year dimana?' Haaaaa! This year tiada plan yang proper. Eh! Ada plan tapi langsung tidak menjadi hehe. Dengan kata lain, bukan rezeki lah tu. Duduk rumah, makan-makan dengan family. PERFECT!

Tepat jam 12.00am balik dari McDonald Drive Thru Sulaman. Turun kereta sana sini berdentum bagai bunga api yang memecah langit. I loike! Donggakkk ke langit! Cantik.! Kanak-kanak riang pun suka. Kiri kanan rumah dok kejar tengok langit hehehehe. X apa lah bukan tahun ni kita letupkan bunga api. 2018 maybe? Hehe. Plan jak, kalo ada rezeki Insyaallah ada kan.

Semoga permulaan tahun baru ini membawa sejuta pengajaran dan pembelajaran memperbaiki diri (bunyi mcm di sekolah pulak ). Semoga dipermudahkan segalanya. 

Aammin. 


Love,

Gina

Popular Posts