Bodoh Sombong
5/20/2012 05:58:00 PM
Ada antara kita sudah tahu maknanya. Untuk mereka yang masih samar dengan maksud bodoh sombong, ini aku ceritakan serba sedikit. Secara ringkas, bodoh sombong ini menunjukkan orang yang tidak mahu belajar dan tidak mahu diajar jika tidak tahu tentang sesuatu perkara. Dia sahaja yang betul dan ego yang tinggi menyebabkan seseorang itu jadi begini.
susah juga nak ajar orang macam ni kan?pening kepala pun ada..kita nasihat dia tak nak dengar..last2 makan diri sendiri..jangan esok dah menyesal baru nak sedar yang apa yang kita nasihatkan tu betul..
aku nasihat kan kamu sebagai seorang kawan..dan sebagai kawan aku nak kamu dalam keadaan baik2 aja..tak nak la biar kawan merana..yang kita duk tengok jekk tanpa memberi sebarang respon..tak elok la kan..
so aku harap kawan2 kat luar..jangan bodoh sombong k..secara jujur nya..skrg bukan masanya untuk kita MEMILIH jalan yang kita suka atau tidak suka..MEMILIH kerja suka atau kita tidak suka, MEMILIH orang yang kita suka atau tidak suka..bukan sekarang dan yang pasti bukan selama2nya..kalau ada sikap tu di kemudian hari tak tahu la..tapi dalam keadaan kita yang serba tak stabil atau kaya, dalam keadaan kita yang masih belum cukup berjaya..jangan sombong..paling penting ia satu tindakan yang bodoh..
sekarang masanya untuk kita serap sebanyak mana ilmu di dada..biar makan masa lama takper untuk kita belajar..tapi selamanya selepas itu kita berjaya...from zero to hero..!!!
aku cakap ni untuk kamu dan juga ingatan untuk diri aku juga...
jom kita amalkan k..amik suatu nasihat tu kepada satu bentuk yang positif..insya allah...berjaya!!!
*** skema plak entry aku kali ni... hahahaha... apa2pon... enjoyy!!!!!!!!!!!!!!!! :D
0 comments
Post a Comment